Friday, June 18, 2010

diari hatiku

Rasanya dah lama x update blog.. sejak hubby sakit.. skrg baru berkesempatan. selain sibuk urusan rumah, keja dan tempahan yang Alhamdullillah semakin byk.. Tuhan menguji hambanya.. Dalam sekelip mata aku di uji dengan dugaan yang aku rasa berat untuk dipikul.. tetiba hubby sakit.. kaki sebelah kanan sakit. x boleh gerak.


Hati isteri mana yang x sayu melihat keadaan org yang tersayang sakit. Tak boleh bergerak, tak boleh berdiri lama, X boleh terlalu aktif. Sedih sesangat melihat keadaan beliau ketika itu. Tuhan sahaja yang tahu rasa hati ni. Sedih.. tu je yang boleh digambarkan.

Selama sebulan hubby duduk berehat di rumah. Tak gi kerja. Selain rawatan di hospital rawatan secara tradisional pun dilakukan.. Alhamdullillah.. dengan rawatan yang dijalankan Hubby Sihat seperti sedia kala. Semua yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Aku bersyukur semuanya kembali seperti sedia kala.