Friday, February 10, 2012

Pencuci Mulut - Serimuka

Sejak akhir-akhir ni mood nak baking macam tenggelam pula. Tak tahu kenapa.. rasa malas je.. mcm fedup pun kadang2 ada.. Mungkin penat urusan rumahtangga tu yang buat aku rasa malas kot. Eh.. mengomel lebih-lebih pula.. Kat sini nak kongsi resepi kuih serimuka. Resepi ni aku ambil dari senior aku kak Siti Khadijah, dia kata dia amik dari chef Haniezila.. Minta share yer resepinya..

Bila dh potong x berapa cantik sbb dh x sabar nk tunggu sejuk betul2 sebab nak ngap.. keke..

Resepi Serimuka
dari dapur kak Hanieliza

Bahan Bawah
2 Cawan Pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Bahan Atas
2 Cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula (sy kurangkan jadi 1/2 cawan)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard ( sy guna tepung jagung)
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1. basuh pulut dan redam dalam 2 jam
2. kemudian pulut dicampur dgn santan cair dan garam tadi
3. kukus sampai masak, bila dah masak tekan2 pulut biar padat
4. bahan atas disatukan dalam bekas kemudain ditapis diatas pulut yang dah masak tadi
5. kukus lagi sampai bahan atas masak
6. tunggu sejuk baru dipotong..

pandangan dari tepi

pandangan dari atas. abaikan gambar2 yg x berkenaan tu yer.. hehe..

Hah senang jekan resepinya.. tak susah mana pun nak buat. rajin dengan malas jekan.. Kalau nk beli 3 potong seringgit.. tapi bila buat sendiri hah kau sampai nak termuntah makan..


No comments:

Post a Comment

Sila tulis comment di sini

Note: Only a member of this blog may post a comment.