Tuesday, March 24, 2015

2015 tahun rezeki

2015.. sekarang dah bulan Mac 2015.. kejap je masa.. blog ni pun lama dah x update.. bayak hasil kerja dan order post kat FB je. sepi terus blog ni. nanti saya share produk2 yg lepas2. tahun 2014 start buat katering. rezeki bertambah dan seronok wat katering. mungkin permulaan biz yang baik untuk diwarisi pada anak2.. moga kami terus diberi kesihatan dan di limpahkan rezeki yg tak putus.

Saturday, May 19, 2012

Ceritaku

Lamanya tak update blog ini.. Sibuk rasanya macam-macam hal berlaku.. Dan tiba-tiba mood kejap ada kejap tak ada.. Entah tengok gelagat orang sekeling kadang mood kita yang baik terus hilang. Nasib ada suami yang faham.. Semoga akan terus menjadi pembimbing dan teman sepanjang hayat, Insyaallah..

Hari ini luangkan juga sikit masa untuk menulis dekat sini. Meluahkan apa yang terpendam, biar semua terurai.. Biar tak jadi beban untuk dipikul.. Setiap apa yang diberikan dan diturunkan dari Allah adalah untuk menguji kita supaya menjadi seorang yang tabah untuk menghadapi hari-hari yang akan kita lalui kelak. Mematangkan kita supaya kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan.. Jangan menghararapkan orang menyanjung dan memuji kita.. Kita kena bangun dan berdiri dikaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

Kena ingat jika orang mencaci dan menghina kita, kita sebenarnya di dpn orang itu.. Kita lagi maju dan kehadapan dari orang itu. Sebab itulah orang itu cemburu dengan kita. Macam-macam yang dibuat untuk menjatuhkan kita. Biarlah Allah yang membalasnya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa supaya perkara terbaik untuk kita dan keluarga kita..  Memang susah untuk kita mencari orang yg sanggup berkongsi semuanya dengan kita.. Jaga lidah dan kata-kata kita supaya orang lain tak kecewa dan terasa hati dengan apa yang kita cakapkan.

Cuma kadang-kadang sedih ada orang yang suka mengambil kesempatan dengan kita. Waktu susah cari kita untuk meminta pertolongan. Dan ada orang yang pandai bermuka-muka.. Depan kita baik, cakap lemah lembut, sopan, memuji-muji kita. Tapi bila dibelakang kita macam-macam yang dia cakap memburukkan kita.. Biarlah orang itu dengan perangainya.. Asal kita tak terikut dengan perangainya..

Apa yang berlaku buat aku sedar yang kita ini tak perlu terlalu percaya dengan orang.. Jadi serik.. Moga kegembiraan, kebahagiaan. kejayaan akan terus bersinar dalam hidup aku kini.. Semoga akan jadi kuat untuk teruskan pe yang aku impikan.. Insyaallah tahun depan akan memberi satu perubahan dan perancangan aku dan suami akan dimakbulkan oleh Allah.. Amin..


Monday, March 5, 2012

Kek Kontinental

Semalam aku luangkan masa untuk hadirkan kelas ni. Rasa kekok dan penat sangat yelah dah lama tak pergi kelas sejak ngandungkan iman. Alhamdulillah syukur sebab diberi kesempatan untuk join kelas dengan kak noni.. dahlah kami sekeluarga berkampung kat umah kak noni. Nasib hb sporting sanggup temankan dari mula kelas sampai habis. Jom layan gambar. Kalau ada yang sudi nak tempah jangan lupa calling yer..


Chocolate Indulgence Cake
Harga bermula RM80


Snowy Peach Custard Cream Cake
Harga bermula RM80


German Blackforest Cake
Harga bermula RM80



Russian Black & White Cake
Harga bermula RM100



Kek Birthday Syaza

Hari sabtu yang lepas, aku buatkn brownise untuk syaza.. Planning nak buat majlis hari jadi dia 11.03 ni tapi memandangkan penuh dengan tempahan aku terpaksa tukarkan tarikh tu kepada tarikh yang lain. Insyaallah bulan 5 nanti masa cuti sekolah.. jadi nak penuhkan hajat tu buatkan juga untuk dia.. kesian pulakan.. nk tunggu bulan 5 lama lagi.. aku deko kek ni simple je. mood malas katakan.. hehe..


Kalau takde pape bulan 5 nanti tengok kek birthday syaza yang sebenarnya.. Insyaallah.. semoga diberi kesempatan nanti.

Tuesday, February 14, 2012

Rumah Kami Syurga Kami

Alhamdulillah.. Setelah 2 tahun lebih kami beli rumah ni akhirnya bulan lapan 2011 kami berpindah dari rumah sewa di kampung melayu ke rumah kami di Taman Megah Ria, Masai.. Walaupun rumah ni rumah second hand tapi pada kami, kami suka dan selasa duduk disini.. Pedulilah apa orang nak cakap apa pun. Memang kebanyakan jiran-jiran kami berbangsa cina tapi aku rasa lagi selamat. Diorang pun bukan jenis yang sombong, dan akan bertanya khabar antara satu sama lain. Yang penting rumah kami ada ruang depan, tepi dan belakang.. kira rumah semi-d senang cakap.. Insyaallah kalau ada rezeki kami akan sikit-sikit tambah dan deko ikut citarasa dan keselesaan kami.



Dapat juga kami beli sofa, tv kabinet dan kerusi kayu macam kat gambar atas ini. Beli yang murah2 asalkan adakan. Dan yang penting bukan berhutang. Jangan jadi macam pepatah tu biar pape asal bergaya.. Tu bukan prinsip kami. Kami memang beli apa-apa tak suka berhutang. Bukan cakap banyak duit tapi kalau berhutang rasa macan terbeban sangat. Yang penting peduli apa orang cakap.. Biasalah manusia ni memang tak pernah senang tengok orang lain. Dengan bangsa sendiri dengan sedara mara sendiri semua tu tak kira. Mungkin sebab tu jugalah husband beli rumah ni. Husband cakap kalau kita duduk dikalangan orang kita kadang-kadang tu baik-baik kawan terus jadi musuh. Dah banyak tengok contoh kat sekeliling kita. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi tu kenyataan.



Rasanaya setakat ni je entry buat kali ni.. Lain kali sambung lagi yer. Anak pun dah bising nangis-nangis ajak tidur.. Jumpa lagi semua..

 

Friday, February 10, 2012

Pencuci Mulut - Serimuka

Sejak akhir-akhir ni mood nak baking macam tenggelam pula. Tak tahu kenapa.. rasa malas je.. mcm fedup pun kadang2 ada.. Mungkin penat urusan rumahtangga tu yang buat aku rasa malas kot. Eh.. mengomel lebih-lebih pula.. Kat sini nak kongsi resepi kuih serimuka. Resepi ni aku ambil dari senior aku kak Siti Khadijah, dia kata dia amik dari chef Haniezila.. Minta share yer resepinya..

Bila dh potong x berapa cantik sbb dh x sabar nk tunggu sejuk betul2 sebab nak ngap.. keke..

Resepi Serimuka
dari dapur kak Hanieliza

Bahan Bawah
2 Cawan Pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Bahan Atas
2 Cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula (sy kurangkan jadi 1/2 cawan)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard ( sy guna tepung jagung)
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1. basuh pulut dan redam dalam 2 jam
2. kemudian pulut dicampur dgn santan cair dan garam tadi
3. kukus sampai masak, bila dah masak tekan2 pulut biar padat
4. bahan atas disatukan dalam bekas kemudain ditapis diatas pulut yang dah masak tadi
5. kukus lagi sampai bahan atas masak
6. tunggu sejuk baru dipotong..

pandangan dari tepi

pandangan dari atas. abaikan gambar2 yg x berkenaan tu yer.. hehe..

Hah senang jekan resepinya.. tak susah mana pun nak buat. rajin dengan malas jekan.. Kalau nk beli 3 potong seringgit.. tapi bila buat sendiri hah kau sampai nak termuntah makan..


Thursday, February 9, 2012

Tempahan

Kali ni tempahan kek hantaran dari senior aku masa sekolah menengah Masliah.. Harap puas hati ye dgn tempahannya..