Tuesday, February 14, 2012

Rumah Kami Syurga Kami

Alhamdulillah.. Setelah 2 tahun lebih kami beli rumah ni akhirnya bulan lapan 2011 kami berpindah dari rumah sewa di kampung melayu ke rumah kami di Taman Megah Ria, Masai.. Walaupun rumah ni rumah second hand tapi pada kami, kami suka dan selasa duduk disini.. Pedulilah apa orang nak cakap apa pun. Memang kebanyakan jiran-jiran kami berbangsa cina tapi aku rasa lagi selamat. Diorang pun bukan jenis yang sombong, dan akan bertanya khabar antara satu sama lain. Yang penting rumah kami ada ruang depan, tepi dan belakang.. kira rumah semi-d senang cakap.. Insyaallah kalau ada rezeki kami akan sikit-sikit tambah dan deko ikut citarasa dan keselesaan kami.



Dapat juga kami beli sofa, tv kabinet dan kerusi kayu macam kat gambar atas ini. Beli yang murah2 asalkan adakan. Dan yang penting bukan berhutang. Jangan jadi macam pepatah tu biar pape asal bergaya.. Tu bukan prinsip kami. Kami memang beli apa-apa tak suka berhutang. Bukan cakap banyak duit tapi kalau berhutang rasa macan terbeban sangat. Yang penting peduli apa orang cakap.. Biasalah manusia ni memang tak pernah senang tengok orang lain. Dengan bangsa sendiri dengan sedara mara sendiri semua tu tak kira. Mungkin sebab tu jugalah husband beli rumah ni. Husband cakap kalau kita duduk dikalangan orang kita kadang-kadang tu baik-baik kawan terus jadi musuh. Dah banyak tengok contoh kat sekeliling kita. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi tu kenyataan.



Rasanaya setakat ni je entry buat kali ni.. Lain kali sambung lagi yer. Anak pun dah bising nangis-nangis ajak tidur.. Jumpa lagi semua..

 

No comments:

Post a Comment

Sila tulis comment di sini

Note: Only a member of this blog may post a comment.