Friday, December 30, 2011

Iman 6 Bulan


Akid Adwa Iman - Yang Teguh/ Kuat/ Cahaya/ Keimanan..


30/06/2011 lahirlh seorang putera Akid Adwa Iman pada pukul 6.10 ptg di Hospital Kota Tinggi.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana mengurniakan kami seorang lagi cahayamata pelengkap dalam rumahtangga kami. Dengan berat sebanyak 3.7kg. Seorang yang sgt manja, dan suka tersenyum bila di agah.. Rasa x puas kalo satu hari x melihat gelagatmu anakku. Mummy, Daddy dan Kakak sgt sayangkanmu.. Masa mummy mengandungkan kamu anakku, mummy mengalami bermacam alahan.. Nasib Daddy seorang yg sabar, dialah yang selalu masak untuk hidangan setiap hari. Rasanya beberapa kali saja mummy turun ke dapur untuk memasak.


Hari ni genap 6 bulan, Mummy, Daddy, Kakak doakan adik Iman sihat2, membesar jadi seorang anak yang membanggakan semua orang. Sekarang berat Iman dh 8.03kg.. Sejak 2 3 bulan ni Iman suka merengek. Rasanya macam nak tumbuh gigi. Mummy rela berenti kerja asal anak2 Mummy membesar depan mata ni. Umpama kata Daddy, duit tu bole dicari.. Mummy betul2 bahagia dengan kehidupan sekarang.


Tempahan

Alhamdulillah.. ada lagi tempahan. jom tengok gambar.. hehe..

Swiss roll yg sentiasa mendapat tempat dihati peminatnya..



Coklat Praline


Thursday, December 29, 2011

Tart

Alhamdulillah menjadi pun chess tart aku.. sebenarnya malas nk buat sbb x suka wat benda leceh2 mcm chess tart ni. tapi demi tuntutan dan ramai yg bertanya aku gagahkan diri juga buat dan percubaan pertama menjadi. Tak sangka pula leh jadikan.. Kelakar pun ada. Kat dalam peti pula ada jem roselle. Rasa sayang pula. Selalu kita tengok bluberi chess tart dan macam2 perisa lagi. Aku x pernah pula tgk org wat guna jem roselle. Jadi aku wat keputusan ni lagipun leh promote produk tempatankn.. X salah mencuba. Pada aku rasanya pun sedap. Ada rasa masam2 manis xdelh muak sgt bila makan tart ni.. Kat sini aku tunjukan sikit gambar yg sempat aku snape untuk tatapan.. Sekarang kalo nk tempah dh bole ye.. Silalh.. Meh kita jamu sikit mata yer.. hehe..


50 Pcs / RM35

Corak kat atas tu aku lom mahir lagi.. Dh biasa deko2 kek mcm kekok pula deko atas chess tart ni.. Gigil pula tgn ni.. hehe..
Kalo ada yg nk order dan nak rasa roselle chess tart ni lehlh order heh..



Tuesday, December 27, 2011

Tempahan

Alhamdullilah.. hari ni tempahan emergency. Dari member kepada Iza SAJ, alahmdulillah.. harap puas hati dengan tenpahan tu. Iza tempah brownise. Mula-mula kawanya nak datang amik kat umah, last minute minta tolong hantarkan ke ofisnya di SAJ Larkin.. Jom Layan

Thanks ye Iza sudi order.

Ni pula tempahan kek pisang pula.  Sedap tau kek pisang ni.. Gebu gitu. Dan ini juga mendapat permintaan banyak dari customer.  Kalau ada sesiapa berminat lehlh order. Leh dijadikan sebagai cenderahati atau untuk dibuat makan-makan kat majlis anda.





Friday, December 23, 2011

Tempahan

Tempahan hari ni kek coklat 3, kek pisang 2, swiss roll 2, gambar nanti yer masukkn..



Monday, December 19, 2011

Coklat

Ni pula antara gambar2 coklat yg telah ditempah.. sorylh lmbt post kat sini.. kalo sapa2 berminat nk tempah lehlh contact kat no tertera kat tepi tu yer..







Kek Coklat Moist

Ni antara gambar yg sempat aku ambil untuk kek coklat.. kalo ikutkan byk tp ni je yg sempat aku amik gambar. lg pun hari tu kamera aku kena virus.. sedih sbb beratus gambar hilang dan terpaksa kena delete.. lepas ni aku akan lebih berhati-hati. kena simpan gambar2 aku, jgn simpan dalam kamera.. byk pula celoteh.. jom layan kek coklat




Thursday, December 15, 2011

Tempahan

Hari ni kena siapkan tempahan swiss roll dgn kek hantaran je.. swiss roll ni mmg mendapat permintaan ramai.. mgkn ssb tekstur dia yg lembut dan baunya yg harum kot sbb tu ramai yg suka.. nanti sy post gambar2 yg sy x upload lg sepanjang tahun ni.. tunggu yer..

Wednesday, December 14, 2011

Kuih Muih

Selain dari produk SR Homemade. sy akan letakkan juga resepi-resepi yang sy dh cuba untuk di kongsi bersama.. Hari ni nk kongsi resepi Donut Gebu.. saje letak nama Donut Gebu sbb nk buatnya mudah dan senang jer. Donut ni buat wat minum petang hari tu. Malas nk buat bentuk donut. nk senang buat bulat2 je.. mmg gebu donut ni.. dh byk kali cuba buat donut tp resepi yg ni yg paling sedap..


Bahannya
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan susu pekat
1 peket mauripan
1 biji telur
sedikit gula halus utk digolekkan dgn donut

Caranya
1. cairkan mentega ketepikan
2. gula dan susu dicampur dgn air suam didalam satu bekas. gaul sampai gula larut..
3.masukkn mauripan dalam larutan gula dan susu td. biarkan sampai berbuih dlm 10-15 minit.
4. dalam belas lain masukkn tepung, mentega dan gula.. gaul keemuanya hinnga sebati.
5. bila larutan mauripan td dh berbuih masukkn dlm adunan tepung.. uli sampai menjadi doh. bentuk ikut suka dan biarkn kejap bg naik.
6. kemudian boleh digoreng menggunakan api sederhana. bila dh nk sejuk sedikit golekkn keatas gula. nk senag ltk dlm satu mangkuk besar tabur gula goyang2kn lg senang..

Sunday, December 11, 2011

Coret-coret

Lama x update blog ni.. Tahun 2011 akan meninggalkan kita. Banyak kenangan ada gembira dan ada sedih.. Alhamdulillah semoga Tahun 2012 memberi lebih kemanisan dan memberi rezeki yang melimpah.. Produk SR Homemade semakin dekat dengan semua..