Selain dari produk SR Homemade. sy akan letakkan juga resepi-resepi yang sy dh cuba untuk di kongsi bersama.. Hari ni nk kongsi resepi Donut Gebu.. saje letak nama Donut Gebu sbb nk buatnya mudah dan senang jer. Donut ni buat wat minum petang hari tu. Malas nk buat bentuk donut. nk senang buat bulat2 je.. mmg gebu donut ni.. dh byk kali cuba buat donut tp resepi yg ni yg paling sedap..
Bahannya
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan susu pekat
1 peket mauripan
1 biji telur
sedikit gula halus utk digolekkan dgn donut
Caranya
1. cairkan mentega ketepikan
2. gula dan susu dicampur dgn air suam didalam satu bekas. gaul sampai gula larut..
3.masukkn mauripan dalam larutan gula dan susu td. biarkan sampai berbuih dlm 10-15 minit.
4. dalam belas lain masukkn tepung, mentega dan gula.. gaul keemuanya hinnga sebati.
5. bila larutan mauripan td dh berbuih masukkn dlm adunan tepung.. uli sampai menjadi doh. bentuk ikut suka dan biarkn kejap bg naik.
6. kemudian boleh digoreng menggunakan api sederhana. bila dh nk sejuk sedikit golekkn keatas gula. nk senag ltk dlm satu mangkuk besar tabur gula goyang2kn lg senang..
No comments:
Post a Comment
Sila tulis comment di sini
Note: Only a member of this blog may post a comment.