Friday, December 30, 2011

Iman 6 Bulan


Akid Adwa Iman - Yang Teguh/ Kuat/ Cahaya/ Keimanan..


30/06/2011 lahirlh seorang putera Akid Adwa Iman pada pukul 6.10 ptg di Hospital Kota Tinggi.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana mengurniakan kami seorang lagi cahayamata pelengkap dalam rumahtangga kami. Dengan berat sebanyak 3.7kg. Seorang yang sgt manja, dan suka tersenyum bila di agah.. Rasa x puas kalo satu hari x melihat gelagatmu anakku. Mummy, Daddy dan Kakak sgt sayangkanmu.. Masa mummy mengandungkan kamu anakku, mummy mengalami bermacam alahan.. Nasib Daddy seorang yg sabar, dialah yang selalu masak untuk hidangan setiap hari. Rasanya beberapa kali saja mummy turun ke dapur untuk memasak.


Hari ni genap 6 bulan, Mummy, Daddy, Kakak doakan adik Iman sihat2, membesar jadi seorang anak yang membanggakan semua orang. Sekarang berat Iman dh 8.03kg.. Sejak 2 3 bulan ni Iman suka merengek. Rasanya macam nak tumbuh gigi. Mummy rela berenti kerja asal anak2 Mummy membesar depan mata ni. Umpama kata Daddy, duit tu bole dicari.. Mummy betul2 bahagia dengan kehidupan sekarang.


No comments:

Post a Comment

Sila tulis comment di sini

Note: Only a member of this blog may post a comment.