Kali ni tempahan dari Aan, Ann tempah brownise, piza dgn swiss roll
Menjual Kek, Kek Lapis, Cup Cakes, Swiss Roll, Muffin, Piza & Coklat. Menerima tempahan untuk sebarang majlis, jamuan, keramaian, pertunangan & perkahwinan.
Thursday, January 19, 2012
Pencuci Mulut - Bubur Kacang Hijau
Kali ni Mr. Hubby nk makan bubur kacang hijau.. Pastu ada lebih durian pe lagi tambah dalam bubur tu.. Erm.. sedap tu..
Hah tengok tu duriannya.. Marvelous.. Mantap gitu.. Terliur x? hehe.. Resepi kendian ye saya letak..
Monday, January 16, 2012
Tempahan
Kek birthday
Alhamdulillah.. Hari ni tempahan dari abg asrul. Katanya nk wat kejutan utk isteri tersayang.. Romantis gitukn.. Bestnya jadi seorg perempuan.. Ada je kejutan untuk menambat hati dari yang tersayang.. Harap puas hati dengan keknya. Kalau nk order lagi bagitahu yer..
Wah.. cuba tengok coklatnya.. memang sedapkan.. semua kek coklat si SR Homemade menggunakan coklat compund bukan coklat masakan. Kecuali kek
coklat yang dalam tupperware tu yer.. Memang x rugi. Bagi memenuhi rasa yang sedap dan memenuhi permintaan pelanggan.. Memang berbalaoi kalau order di sini..
Friday, January 13, 2012
Pencuci Mulut - Puding Roti Karamel
Mari buat pencuci mulut ni. Memang sedap. Lagi-lagi makan sejuk dalam cuaca panas.. Memang mantap.. X caya cuba resepi ni..
Bahan Karamel
3 senduk gula pasir
1 senduk air
Cara-cara
1. Masak gula dalam kuali sehingga gula cair dan bertukar warna
2. Masukkan air perlahan-lahan dan masukkan dalam loyang 8 inci dan ketepikan
Bahan Puding
3 biji telur gred A
4 keping roti putih
1 cawan susu sejat
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
Cara-cara
1. Panaskan kukusan dahulu
2. Telur di pukul sedikit didalam mangkuk bersama esen vanilla. ketepikan
3. Amik blander masukkan roti yg dicarik2, susu sejat, susu pekat, air suam dan garam, blender hingga hancur roti
4. Tapis telur kedalam blender dan mix sekali lagi hingga sebati
5. Masukkan bahan2 yg di blender tadi kedalam loyang berisi karamel tadi.
6. Kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga puding masak
Thursday, January 12, 2012
Kek Hantaran & Perkahwinan
Hai semua.. kali ni nk post gambar2 kek hantaran & kek kahwin yg sy x smpt upload lagi.. Jom layan.. Cuci mata
kek ni adik Saidah dari Lok Heng yg order. thanks ye dik
Kek ni kak awe order utk majlis adik iparnya
Kek ni di tempah oleh Ain
Kek ni Yus dr A.T.3. Thanks friend..
Kek ni Oja order utk adiknya..
Kek ni order dari Achik A.T.1
Kek ni Achik order juga
Kek ni Ain yg order
Kek ni Ain order juga
Kek ni Nana yg order
Kek ni Ain lagi yg order
Kek ni Yus order bagi pihak member dia.
Thursday, January 5, 2012
Roti Jala
Resepi Roti Jala
Mesti ramai suka makan roti jalakan. Sedap hingga menjilat jari.. hehe.. Saya pun suka juga makan roti jala. Meh kita jamu mata dulu.. Confirm sedap tu.. hehe..
Untuk Roti Jala
Bahan-bahan
1/2kg tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya (agak2 mcm nak buat lempeng tu)
Cara-cara
1. Satukan semua bahan masukkan dalam blander, mix hingga sebati
Bahan Kuah
1/2kg daging
2 biji kentang
1 batang lobak merah
kacang pjg secukupnya
6 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan lada kisar
3 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit dikisar
4 sekawan
sebatang serai dititik
Air secukupnya
santan secukupnya
garam secukupnya
aji secukupnya
Cara-cara1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan masuk serai yang dititik
2. Masukkan bahan-bahan kisar tumis hingga naik bau dan betul2 masak
3. Masukkan serbuk kari dan masukkn sedikit air biarkan ia mereneh dan naik minyak
4.Masukkan daging dan biarkan sebentar sehingga daging mengeluarkan airnya..
5. Masukkan air secukupnya masak daging sehingga empuk (kalo nk cepat rebus dahulu daging sampai empuk)
6. Bila daging dah separuh masak masukkn lobak dan kentang pula
6. Bila semua tadi betul2 empuk masukkan santan biarkan ia mendidih dengan menggunakan api sederhana
7. Masukkan garam dan aji secukupnya. kemudian boleh masukkan kacang.. siap dihidangkn..
Monday, January 2, 2012
Tempahan
Alhamdulillah.. ujung2 bulan ni ada tempahan. 2 brownise, 50 pcs cheese tart
Brownise ni IZA SAJ & Kak June yang tempah.
Iza repeat order brownise ni dgn cheese tart kat bawah ni
50 Pcs / RM35
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun ini memberi kesihatan untuk menjalani kehidupan bersama orang-orang tersayang. Semoga tempahan makin banyak, dimurahkan rezeki dari Allah, serta mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimah untuk mendapat keredhaannya.. amin..
Tahun baru memberi lembaran baru untuk kita semua. Memberi kita masa untuk berfikir supaya kita tidak lalai dalam melakukan suruhannya. Semakin umur kita meningkat semakin kita takut kerana dengan peningkatan umur maka semakin dekat kita dengan kematian. Semoga amalan kita selama ini mendapat pahala yang setimpal. Semoga keampunan kita diterima.
Sebagai umat kita tidak perlu terlalu mengejar keseronokan, kekayaan, kebendaan, keduniaan. Bersyukur sebab kita masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan ini. Diberi kesempatan.. Janganlh kita lupa semua yang kita ada hari ini cuma pinjaman dari Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)