Thursday, January 5, 2012

Roti Jala

Resepi Roti Jala

Mesti ramai suka makan roti jalakan. Sedap hingga menjilat jari.. hehe.. Saya pun suka juga makan roti jala. Meh kita jamu mata dulu.. Confirm sedap tu.. hehe..



Untuk Roti Jala

Bahan-bahan
1/2kg tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya (agak2 mcm nak buat lempeng tu)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan masukkan dalam blander, mix hingga sebati

Bahan Kuah
1/2kg daging
2 biji kentang
1 batang lobak merah
kacang pjg secukupnya
6 sudu makan serbuk kari daging
2 sudu makan lada kisar
3 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit dikisar
4 sekawan
sebatang serai dititik
Air secukupnya
santan secukupnya
garam secukupnya
aji secukupnya

Cara-cara1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan dan masuk serai yang dititik
2. Masukkan bahan-bahan kisar tumis hingga naik bau dan betul2 masak
3. Masukkan serbuk kari dan masukkn sedikit air biarkan ia mereneh dan naik minyak
4.Masukkan daging dan biarkan sebentar sehingga daging mengeluarkan airnya..
5. Masukkan air secukupnya masak daging sehingga empuk (kalo nk cepat rebus dahulu daging sampai empuk)
6. Bila daging dah separuh masak masukkn lobak dan kentang pula
6. Bila semua tadi betul2 empuk masukkan santan biarkan ia mendidih dengan menggunakan api sederhana
7. Masukkan garam dan aji secukupnya. kemudian boleh masukkan kacang.. siap dihidangkn..






No comments:

Post a Comment

Sila tulis comment di sini

Note: Only a member of this blog may post a comment.