Tuesday, February 14, 2012

Rumah Kami Syurga Kami

Alhamdulillah.. Setelah 2 tahun lebih kami beli rumah ni akhirnya bulan lapan 2011 kami berpindah dari rumah sewa di kampung melayu ke rumah kami di Taman Megah Ria, Masai.. Walaupun rumah ni rumah second hand tapi pada kami, kami suka dan selasa duduk disini.. Pedulilah apa orang nak cakap apa pun. Memang kebanyakan jiran-jiran kami berbangsa cina tapi aku rasa lagi selamat. Diorang pun bukan jenis yang sombong, dan akan bertanya khabar antara satu sama lain. Yang penting rumah kami ada ruang depan, tepi dan belakang.. kira rumah semi-d senang cakap.. Insyaallah kalau ada rezeki kami akan sikit-sikit tambah dan deko ikut citarasa dan keselesaan kami.



Dapat juga kami beli sofa, tv kabinet dan kerusi kayu macam kat gambar atas ini. Beli yang murah2 asalkan adakan. Dan yang penting bukan berhutang. Jangan jadi macam pepatah tu biar pape asal bergaya.. Tu bukan prinsip kami. Kami memang beli apa-apa tak suka berhutang. Bukan cakap banyak duit tapi kalau berhutang rasa macan terbeban sangat. Yang penting peduli apa orang cakap.. Biasalah manusia ni memang tak pernah senang tengok orang lain. Dengan bangsa sendiri dengan sedara mara sendiri semua tu tak kira. Mungkin sebab tu jugalah husband beli rumah ni. Husband cakap kalau kita duduk dikalangan orang kita kadang-kadang tu baik-baik kawan terus jadi musuh. Dah banyak tengok contoh kat sekeliling kita. Bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi tu kenyataan.



Rasanaya setakat ni je entry buat kali ni.. Lain kali sambung lagi yer. Anak pun dah bising nangis-nangis ajak tidur.. Jumpa lagi semua..

 

Friday, February 10, 2012

Pencuci Mulut - Serimuka

Sejak akhir-akhir ni mood nak baking macam tenggelam pula. Tak tahu kenapa.. rasa malas je.. mcm fedup pun kadang2 ada.. Mungkin penat urusan rumahtangga tu yang buat aku rasa malas kot. Eh.. mengomel lebih-lebih pula.. Kat sini nak kongsi resepi kuih serimuka. Resepi ni aku ambil dari senior aku kak Siti Khadijah, dia kata dia amik dari chef Haniezila.. Minta share yer resepinya..

Bila dh potong x berapa cantik sbb dh x sabar nk tunggu sejuk betul2 sebab nak ngap.. keke..

Resepi Serimuka
dari dapur kak Hanieliza

Bahan Bawah
2 Cawan Pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Bahan Atas
2 Cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula (sy kurangkan jadi 1/2 cawan)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard ( sy guna tepung jagung)
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1. basuh pulut dan redam dalam 2 jam
2. kemudian pulut dicampur dgn santan cair dan garam tadi
3. kukus sampai masak, bila dah masak tekan2 pulut biar padat
4. bahan atas disatukan dalam bekas kemudain ditapis diatas pulut yang dah masak tadi
5. kukus lagi sampai bahan atas masak
6. tunggu sejuk baru dipotong..

pandangan dari tepi

pandangan dari atas. abaikan gambar2 yg x berkenaan tu yer.. hehe..

Hah senang jekan resepinya.. tak susah mana pun nak buat. rajin dengan malas jekan.. Kalau nk beli 3 potong seringgit.. tapi bila buat sendiri hah kau sampai nak termuntah makan..


Thursday, February 9, 2012

Tempahan

Kali ni tempahan kek hantaran dari senior aku masa sekolah menengah Masliah.. Harap puas hati ye dgn tempahannya..


Tuesday, February 7, 2012

Kek Birthday


Kat bawah ni di antara kek birthday yang tak sempat aku letak kat blog ni. Jadi layan jelh.. ada diantara kek tu deko x cantik deko2 yg x memuaskan hati tu mula2 aku menceburi duning bakers ni.. lama-lama baru mahir.. Alhamdulillah.




























Wednesday, February 1, 2012

Tempahan

Ni entry yang tertggl aku nak masukkan.. tempahan sebelum cuti raya cina hari tu

kek coklat moist

kek pisang

swiss roll
ni malas nk wat lorek2.. hehe..


Masak-masak

Meh layan gambar muffin dengan fruit tart yang aku wat masa sebelum cuti raya cina hari tu

Fruit Tart



Muffin Oren Blueberi

Muffin ni memang sangat sedap dan lembut.. aku suka sangat.. nilh muffin yang terbaik aku rasa dari banyak2 resepi muffin yang aku buat. Resepi asal aku amik dari resepi mat salleh tp aku godeh sikit ikut tekak aku ni.. memang terbaik..

Tengok testur muffin ni.. best.. menarik nampak sedapkn..

My Birthday

Happy birthday to me..happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me.. Semalam birthday aku.. pikir punya pikir dari hari tu Syaza duk sebut2 kek angry bird.. jadi dengan malasnya deko juga satu biji kek angry bird.. xde lh dia nk sebut2 lg.. nk tunggu birthday syaza bln 3 nanti.. Waduh.. umur dh masuk 3 series ni.. Rasanya byk lagi amalan yang lom cukup.. Kalau tetiba Allah nak cabut nyawa ni.. aduh.. takutnya..seram rasa.. Semoga amalan yang dilakukan diterima oleh Allah.. Amin..

Aku berdoa semoga azam aku tahun ni akan tercapai nanti.. semoga dipermudahkan semua jalan yang aku inginkan dan impikan selama ni.. semoga kesihatan terus diberikan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dan seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku.. Semoga kebahagian dan kegembiraan selalu bersama keluargaku.. Dilimpahkan rezeki yang halal. Sentiasa dimurahkan rezeki.

Ni aku share kek angry bird yang tak seberapa dari aku.. hehe..